About Me
Salam Sejahtera,
Saya Yuhanis binti Abd Manaf, merupakan pelajar tahun akhir Pengajian Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Awam (Separuh Masa) di Universiti Utara Malaysia. Saya sangat berminat untuk memberikan sumbangan dalam dunia pendidikan sebagai seorang tutor.
Sepanjang pengajian saya, saya telah terlibat dalam pelbagai kursus dan aktiviti yang memberikan saya asas yang kukuh dalam bidang pengurusan awam. Saya mempunyai pengalaman praktikal dalam melaksanakan kajian, menganalisis data, dan merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bidang ini.
Saya sering menjadi mentor bagi rakan pelajar dalam beberapa kursus yang sukar. Saya juga mempunyai pengalaman dalam membimbing rakan pelajar seperti memberi ceramah serta mengetuai penganjuran program-program pendidikan dan kokurikulum. Pengalaman seperti ini telah membentuk kemahiran serta memberi panduan kepada saya dalam mendalami cara dan teknik terbaik dalam penyampaian ilmu atau infromasi kepada khalayak ramai terutamanya pelajar.
Matlamat saya sebagai seorang tutor adalah untuk membantu pelajar-pelajar memahami dan menguasai topik-topik dalam bidang pengurusan awam dengan lebih baik. Saya percaya bahawa dengan pendekatan yang berfokus pada kefahaman dan aplikasi praktikal, saya dapat membantu pelajar mencapai potensi maksimum mereka.
Selain dari aspek akademik, saya juga berusaha untuk membangunkan kemahiran-kemahiran seperti kebolehan berkomunikasi dengan jelas, memotivasi pelajar, dan mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong. Untuk pengetahuan tuan, saya sedang bertugas secara tetap sebagai pegawai penguatkuasaan undang-undang. Saya percaya dengan latar belakang perkerjaan saya sebagai pegawai unit beruniform sedikit sebanyak dapat mendorong dan memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdisiplin dalam pelajaran dan berpandangan jauh di dalam mencapai akademik yang lebih berhala tuju. Saya amat bersemangat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka mencapai kejayaan akademik dan kehidupan mereka.
Saya yakin bahawa pengalaman saya dalam bidang pengurusan awam dan minat saya dalam pendidikan akan menjadikan saya tutor yang efektif dan memberi impak positif kepada pelajar-pelajar. Saya berharap dapat memberikan sumbangan yang berharga dalam perjalanan pembelajaran pelajar-pelajar saya.
Sekian, terima kasih.
Teaching Method(s)
Berikut merupakan teknik pengaajaran yang akan gunakan :
1. Penggunaan Pendekatan Interaktif : Pembelajaran secara perbincangan kumpulan atau perbentangan untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan pelajar akan diperkukuhkan dengan mengajukan soalan-soalan terbuka yang merangsang pemikiran kritis dan refleksi, serta memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi idea dan pengalaman mereka sendiri.
2. Pendekatan Penyelesaian Masalah : Menyediakan situasi-situasi atau masalah-masalah yang berkaitan dengan isu semasa atau berkaitan dengan aktiviti harian pelajar yang melibatkan isu-isu praktikal yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Saya akan meminta pelajar menganalisis masalah, mencari penyelesaian, dan membuat keputusan yang berasaskan pengetahuan yang telah dipelajari kemudian mengaitkan dengan teori-teori yang berkaitan dengan isu supaya pelajar mempunyai visi yang jelas tentang sesuatu topik.
3. Penggunaan Teknologi Multimedia : Saya akan mendidik pelajar dengan memberi tugasan-tugasan yang memerlukan pelajar mempersembahkannya dengan menggunakan teknologi multimedia supaya dapat membuka peluang kepada generasi celik IT berkarya mengikut tahap pengetahuan pelajar. Penggunaan aplikasi-aplikasi canggih yang bersesuai dengan skop pendidikan dapat dipraktis. Teknik ini dapat mendorong pelajar supaya menjadi seorang yang berfikiran kreatif seiring dengan dunia AI masa kini.
4. Penekanan pada Etika, Nilai dan Disiplin : Saya akan memberi penekanan kepada pelajar dari aspek nilai-nilai etika mereka seperti integriti, kejujuran, dan kebertanggungjawaban. Contoh-contoh praktikal digunakan untuk menunjukkan bagaimana nilai-nilai ini diterapkan dalam situasi-situasi sebenar dalam kehidupan profesional mereka.
5. Bimbingan dan Ganjaran : Teknik bimbingan dan ganjaran digunakan untuk membantu pelajar memperbaiki prestasi mereka. Ganjaran boleh diberikan dengan memberi pujian dan pengiktirafan kepada pelajar untuk pencapaian yang lebih baik, serta memberikan arahan yang konstruktif untuk membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka.
6. Tugasan Berkumpulan : Saya akan mendorong dalam melaksanakan kerja berkumpulan atau kerja berpasangan antara pelajar untuk menyelesaikan tugasan-tugasan atau masalah-masalah tertentu. Mereka boleh menyusun aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama antara pelajar untuk meningkatkan kemahiran kerja berpasukan yang penting dalam bidang mereka.