Profile Picture

Amirul Haqim *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor In Medicine And Bachelor In Surgery

Manipal University College Malaysia (Ongoing Study)

Bukit Baru, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Amirul. Saya suka berkongsi ilmu dan pengetahuan saya dengan murid-murid. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam kaedah tutoring ini untuk pelajar sekolah menengah. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
P/S: Tips belajar bagi subjek-subjek yang lain secara percuma diberikan.😊

Teaching Method(s)
Saya akan berusaha bersama-sama dengan anak murid untuk mencari teknik belajar merek agar mereka boleh belajar walaupun di menara gading nanti. Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik-teknik menghafal di dalam kelas agar murid-murid selesa dan faham akan suatu topik dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu mereka mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Semua peringkat akan didedahkan dengan teknik menjawab SPM yang sebenar walaupun baru sahaja tingkatan 1. Selepas selesai dengan satu bab/topik, saya akan memberikan latih tubi dan soalan-soalan SPM untuk menguji anak-anak murid agar lebih bersedia untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia.
Subject
Subject School Level
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2
Biology DLP Tingkatan 4