Profile Picture

Norma Ibrahim

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kewangan Dan Perbankan Islam

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Hulu Langat, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Norma.Saya merupakan guru sekolah menengah yang mengajar di Cheras,Selangor.Bahasa Melayu merupakan subjek major yang saya mengajar sepanjang berkecimpung dalam dunia pendidikan.Manakala,Matematik merupakan subjek minor. Saya mempunyai kemahiran dalam menyediakan modul-modul SPM bagi subjek Bahasa Melayu,di samping berkemahiran dalam mengajar teknik-teknik yang bersesuaian dalam menjawab soalan peperiksaan. Selain itu,saya juga mempunyai kemahiran dalam meningkatkan motivasi,keyakinan dan disiplin pelajar untuk terus fokus dalam pelajaran. Anda inginkan kejayaan untuk anak anda?Mahu mereka skor cemerlang dalam peperiksaan?Anda boleh terus menghubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 6 tahun,saya telah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memastikan pelajar berjaya dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Kaedah yang saya aplikasikan adalah bergantung kepada tahap dan keupayaan pelajar. Sebagai contoh,pembelajaran berasaskan peta minda dan kuiz berasaskan permainan telah saya gunakan untuk memudahkan serta menarik minat pelajar untuk mudah memahami dan menghafal sesuatu konsep.Manakala,kuiz berasaskan permainan telah saya gunakan untuk memastikan pelajar tidak berasa bosan, dan mereka seronok bermain sambil belajar. Akhir kata, pencapaian pelajar yang cemerlang dalam menuntut ilmu sememangnya menjadi kepuasan dan satu visi bagi saya dalam dunia pendidikan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5