Guru akademik yang komited dengan hampir satu dekad pengalaman bekerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang sosial. Mahir dalam Silibus CEFR dan berpengalaman dalam penandaan SPM format terkini. Saya merupakan guru subjek Bahasa Inggeris sekolah menengah dan berpengalaman mengajar tingkatan 1-5, kini mengajar menengah atas dengan fokus tingkatan 5. Juga merupakan penulis modul SPM CEFR Speaking dan Writing, dan kompilasi soalan Reading dan Listening.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya berpusatkan pelajar, memberi tumpuan kepada proses pembelajaran berbanding mengajar secara langsung, dan menggunakan pendekatan leksikal. Saya memastikan bahawa pelajar aktif terlibat dalam pembelajaran mereka sendiri untuk mencapai pemahaman yang mendalam dan kecekapan berbahasa yang tinggi.