Saya Farzana Binti Mohd Zaidi. Saya merupakan seorang pelajar yang baru menamatkan diploma di dalam kos pengajian perbankan dan saya masih lagi sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk semester akhir saya di UiTM pada 8 March ini. Peperiksaan SPM saya juga agak baik iaitu 5A, 4B. Saya juga akan menyambung pelajaran di peringkat degree pada bulan 9 di dalam kos pendidikan di universiti yang berkaitan. Saya boleh mengajar beberapa jenis subjek untuk sekolah rendah dan pra sekolah seperti bahasa melayu, matematik dan lain-lain lagi. Saya merupakan seorang yang lemah lembut tetapi tegas dalam mengajar. Saya juga akan memastikan anak didik saya menjadi seorang yang lebih berilmu di bawah bimbingan dari saya. Saya juga suka menjadi seorang pendidik yang berjaya di samping dapat membantu anak-anak Malaysia menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berilmu. Saya akan memberikan sepenuh tenaga saya kepada anak didik saya. Jadi, pilih la saya sebagai tutor anda harini😊
Teaching Method(s)
Saya akan mengajar menggunakan bahan-bahan yang saya boleh sediakan dengan lebih pantas dan mudah. Sebagai contohnya, menggunakan peta minda, teknik-teknik yang saya mahir dan juga alat bantuan mengajar yang lain. Saya akan memastikan saya dapat menerapkan sifat suka belajar dan minat untuk belajar kepada pelajar-pelajar saya. Dalam subjek yang memerlukan ingatan yang kuat atau perlu menulis dengan lebih banyak, saya akan mencipta akronim-akronim yang memudahkan pelajar saya untuk menghafal sesuatu, manakala untuk subjek mengira, saya akan menunjukkan step by step untuk menyelesaikan masalah bagi setiap soalan. Memandangkan saya mahu mengajar secara dalam talian, maka saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk memastikan anak didik saya tidak bosan di dalam kelas pengajaran saya seperti kaedah didik hibur.