Profile Picture

Nurwani Azmina *******

Sarjana Muda - Reka Bentuk dan Teknologi

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kuching, Sarawak

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama diberi Nurwani, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Opsyen Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga mahir dalam mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Berbekalkan latihan akademik dan pengalaman praktikal di sekolah, saya memiliki kemahiran dalam mengawal kelas dengan berkesan serta memastikan murid kekal fokus dan terlibat secara aktif sepanjang sesi pembelajaran.Saya percaya bahawa pembelajaran yang menyeronokkan mampu meningkatkan pemahaman dan minat murid. Oleh itu, saya sering mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran yang interaktif seperti simulasi, latih tubi, kuiz, dan sesi soal jawab. Kaedah saya juga menekankan kemahiran hafalan melalui akronim, nyanyian, dan pengulangan konsisten dalam setiap sesi.

Selain itu, saya menyediakan nota pembelajaran yang disusun sendiri sebagai panduan tambahan untuk murid mengulang kaji di rumah. Dengan pengalaman sebagai guru pelatih di sekolah rendah, saya yakin dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan, berhemah, dan mesra murid.Saya komited untuk membantu setiap anak mencapai potensi terbaik mereka dalam suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran saya, saya mengutamakan kaedah pengajaran yang interaktif, berfokus dan menyeronokkan agar murid lebih mudah memahami dan mengingati isi pelajaran.
Antara pendekatan utama yang saya gunakan termasuk:
✅ Latih Tubi & Pengukuhan Berstruktur
Latihan berulang disediakan secara berfasa untuk memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran asas sebelum beralih ke aras lebih tinggi.

✅ Kuiz & Soal Jawab
Digunakan untuk menguji kefahaman secara santai, menggalakkan interaksi dua hala dan mengesan kelemahan murid secara segera.

✅ Teknik Hafalan Kreatif
Saya membantu murid mengingati fakta penting melalui akronim, nyanyian, dan teknik pengulangan, yang terbukti berkesan untuk murid tahap satu dan dua.

✅ Nota Pembelajaran Tersusun
Saya menyediakan nota ringkas dan berfokus untuk setiap topik, direka khas bagi memudahkan murid mengulang kaji secara kendiri.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6