Profile Picture

Aiman Danial *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Linguistik Dan Teknologi Maklumat

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Ongoing Study)

Seri Kembangan, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam sejahtera, nama saya Aiman Danial bin Mohd Zaulkarnin, berumur 23 tahun. Saya merupakan seorang pelajar daripada njurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat. Sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, saya memegang lulusan Diploma dalam jurusan Komunikasi Bahasa Inggeris. Status saya masih lagi aktif sebagai seorang pelajar tahun kedua di Universiti Utara Malaysia.

Sedikit pengenalan mengenai jurusan yang sedang saya telusuri, kursus saya merupakan kursus dua major. Major pertama ialah Linguistik, di mana saya mempelajari mengenai aspek aspek bahasa seperti Fonetik dan Fonologi, Morfologi dan Sintaksis. Major kedua ialah Teknologi Maklumat dengan pengkhususan kepada pembangunan perisisan. Saya mempelajari pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan JAVA, Struktur data dan Analisis Algoritma dan Asas Kepintaran Buatan.

Saya merupakan seorang yang fleksibel dari segi pelajaran. Di tahap pembelajaran saya sekarang, pengaturcaraan dalam JAVA dan Kemahiran dalam penulisan akademik bahasa Melayu dan Inggeris merupakan ketekunan saya yang Utama.
Teaching Method(s)
Saya meminati teknik pengajaran yang berbentuk perbincangan, penyelesaian masalah dan demonstrasi.
Subject
Subject School Level
MUET
STPM - Tingkatan 6
Sains Komputer
Tingkatan 4