Profile Picture

Anas Azammuddin *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Temerloh, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor atau tenaga pengajar yang berkemampuan tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai tahap yang ditetapkan dalam pembelajaran dan hasilnya mendapat keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang rajin namun tegas dalam mendidik anak murid untuk memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga cenderung dalam membantu anak didik saya dari segi teknik pembelajaran sebelum, semasa dan selepas yang efektif. Dalam membantu pelajar, saya akan mencorakkan dan menerapkan teknik atau sesi yang berkesan dan menarik agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Lantikan saya sebagai tutor anda hari ini sebagai satu manifestasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pendidikan.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam subjek Sejarah dan subjek Bahasa Melayu, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Kaedah pengajaran merupakan elemen penting dalam merangsang minat seterusnya pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu yang dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan sejak dahulu lagi. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai matlamat pembelajaran. Pembentukan peta minda dalam memahami konsep intipati subjek merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan dan kehendak subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya dalam
memahami ilmu yang diajar. Oleh yang demikian, tutor berperanan penting memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 1