Saya adalah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan kini bekerja sebagai Jurutera di sebuah kilang bahan kimia. Selain itu, saya mempunyai asas dalam Prinsip Perakaunan yang saya pelajari semasa berada di sekolah menengah. Saya mahir dalam berbahasa Melayu dan Inggeris, dan subjek kegemaran saya ialah Matematik.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya melibatkan penggunaan platform jarak jauh seperti Google Meet atau Zoom. Saya akan menggunakan Google Drive untuk berkongsi fail dan latihan dengan murid, sekaligus membantu mereka untuk melatih diri dalam menggunakan platform digital ini secara lebih efektif.