Profile Picture

Muhammad Huzaimi *******

(Physical)

Sarjana Muda - Science (Chemistry)

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

George Town, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam memberikan tunjuk ajar kepada anak didik saya dengan baik. Saya seorang yang tegas namun peramah dalam proses pengajaran seiring dengan pengalaman saya sebagai seorang guru ganti, di tiga buah sekolah rendah dan di pusat tuisyen. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek Bahasa Arab dan Sains. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan mudah. Saya lebih suka mengambil hati anak didik saya agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh saya. Prestasi yang cemerlang menjadi keutamaan saya!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan anak didik merasa seronok belajar dengan saya. Saya juga menyediakan gambar dan video mudah serta lukisan untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran dan mempunyai kefahaman dengan mudah. Saya juga menyediakan latihan untuk membantu saya dan anak didik saya bersama-sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Saya juga menyediakan nota ringkas yang mudah difahami oleh anak didik saya.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika