Saya merupakan seorang graduan undang-undang dengan kepujian dari Universiti Multimedia, Melaka dan juga merupakan seorang peguam bertauliah yang telah didaftaraikan di bawah Badan Peguam Malaysia pada tahun 2019. Atas minat saya dalam pengajaran, saya telah memulakan tutor secara persendirian dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik khususnya semasa dari zaman pengajian lagi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas dimana saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
1) Murid membuat Latihan & Modul mengikut silibus yang digunakan di sekolah, termasuk Modul KBAT. Tujuannya untuk membantu murid memahami dan melihat kepelbagaian bentuk kehendak soalan.
2) Perbincangan penyelesaian masalah antara murid dan guru. Pendekatan pembelajaran inovatif ini menggalakkan murid/pelajar meneroka dan menemui perkara dan alatan baharu untuk meluaskan minda mereka. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis.
3) Semak kefahaman murid/pelajar – Guru akan menguji kefahaman murid di setiap kelas yang berlangsung untuk menilai kapasiti pembelajaran dan pengetahuan pelajar terhadap topik yang dipelajari.