Profile Picture

Muhammad Iqwan *******

(Online)

Sijil - Acca

Kolej Pendidikan INTEC (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Bekerja sebagai juru audit membuatkan saya menjadi lebih teliti dan peka. Disebalik mempunyai jadual kerja yang padat, saya mampu mengurus masa untuk masih melakukan aktiviti lain seperti bersukan atau berjalan kerana bagi saya kehidupan hanya sekali. Tidak berbaloi sekiranya hidup hanya fokus melakukan satu benda sahaja. Saya juga mempunyai matlamat diri yang ingin saya capai dan sedang berusaha keras merealisasikannya. Maka dari itu, saya komited untuk membantu anak didik mencapai cita-cita mereka dengan memberi dorongan dan bimbingan kerana kejayaan dan usaha seharusnya dikongsi bersama. Saya seorang yang suka berjenaka dan bercakap menggunakan bahasa yang santai supaya anak didik berasa seperti belajar dengan seorang kawan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan lakukan adalah dengan saya sendiri belajar dan faham dahulu akan apa yang saya akan ajarkan. Kemudian saya akan meringkaskan kefahaman saya dengan menggunakan perumpamaan/contoh yang mudah supaya anak didik dapat faham akan topik yang dibincangkan. Saya juga menggunakan gaya pertuturan yang sesuai mengikut umur anak didik supaya mereka berasa dekat dan tidak asing ketika sesi pembelajaran. Sesi soal dan jawab juga akan saya lakukan sepanjang proses pembelajaran supaya tiada anak didik yang ketinggalan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5