Saya merupakan seorang tutor yang sabar. Saya akan cuba sedaya upaya agar pelajar lebih memahami sesuatu pelajaran dengan mudah. Saya lebih menerapkan konsep soal jawab dalam pelajaran dan lebih kepada praktikal penbelajaran. Saya lebih fokus kepada subjek ad diniah ( pengajian agama) dan jawi serta silibus kafa. Saya harap agar pelajar yang dapat saya ajar menjadi insan yang berguna untuk agama bangsa dan negara. Saya mohon agar tuan/puan dapat melantik saya bersama tenaga pengajar My Tutor dan saya juga ingin mendidik pelajar dengan baik dan berjaya serta melatih menjadi tutor yang bagus di samping dapat menimba ilmu dan pengalaman ketika mengajar. Jadi lantiklah saya bersama tuan/ puan.
Teaching Method(s)
Saya mahir dalam bidang muzik dan nyanyian. Jadi saya akan terapkan konsep lagu dan nyanyian agar pelajar lebih memahami dan ingat berkekalan untuk sesuatu pembelajaran. Metode soal jawab seperti kuiz , teka teki, puzzle juga saya suka terapkan untuk pelajar. Saya lebih suka utk libatkan pelajar dengan konsep praktikal kerana pelajar dapat ingat dan lebih memahami jika terjadi kepada pancaindera mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Bagi pelajar yang lambat faham atau lambat belajar, saya akan ajar mereka secara personal untuk fokus yang lebih terhadapap pelajar tersebut. Saya harap dengan teknik saya yang serba kekurangan ini dapat membantu pelajar agar lebih memahami sesuatu subjek dengan mudah, Insya Allah...