Nama diberi Nur Rabiatul Adhawiyah. Orang sekeliling memanggil saya Rabiatul. Saya merupakan seorang mahasiswa di Univerisiti Utara Malaysia dan saya berasal dari Kedah. Saya sangat berdedikasi tinggi, rajin dan menepati masa. Saya juga ramah dan suka bergaul dengan ramai orang. Saya merupakan mentor bagi subjek Perakaunan sewaktu di Matrikulasi. Saya juga pandai mengambil hati anak-anak murid agar mereka selesa belajar dengan saya.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka mencari rujukan di kedai buku dan juga Internet. Saya juga akan menggunakan kaedah latih tubi untuk mengajar anak murid saya kerana saya yakin bahawa dengan menggunakan kaedah itu, pelajar lebih mudah untuk memahami. Selain itu, kaedah ‘pop quiz’ juga akan saya gunakan sewaktu sebelum kelas bermula dengan menanyakan soalan-soalan mudah kepada murid.