Hi, nama saya Fatini. Saya merupakan pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Saya mempunyai pengalaman mengajar sepanjang tempoh praktikum secara atas talian dan secara bersemuka. Saya merupakan guru bahasa Melayu dan saya juga mempunyai kemahiran dalam mengajar subjek bahasa Inggeris.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran merupakan perkara yang tidak asing bagi seorang guru terutamanya guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru. Oleh itu, saya banyak menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih menarik bagi menarik perhatian murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, saya juga menggunakan kaedah bermain sambil belajar agar murid-murid tidak bosan sepanjang pengajaran.