Saya ialah seorang guru yang telah mempunyai pengalaman 14 tahun mengajar matapelajaran biologi di sekolah menengah. Selain dari itu saya juga merupakan seorang pemeriksa kertas SPM bagi matapelajaran biologi kertas 2 selama 7 tahun. Pengalaman yang saya ada dalam mendidik pelajar sekolah dan juga sebagai pemeriksa kertas SPM sudah semestinya akan digunakan sepenuhnya untuk membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya membantu memperbaiki gred dan berjaya cemerlang dalam SPM.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya gunakan adalah pelbagai mengikut keperluan pelajar. Teknik-teknik yang digunakan semestinya yang menarik minat pelajar untuk belajar dan mudah memahami konsep dan mengingati fakta biologi sebagai contoh menggunakan teknik Mnemonik dan 'chunking'.