Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Farisha. Seseorang yang baru menceburi bidang tutor untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Saya mempunyai pengalaman menjadi seorang Guru Muda yang mengajar subjek matematik disekolah lain ketika saya berumur 17 tahun. Saya masih baru dalam penyusunan modul tapi saya yakin dengan keinginan menjadi pendidik walaupun separuh masa akan menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Nak tak anak-anak anda skor cemerlang serta ada peningkatan keyakinan dalam diri? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menyediakan kaedah pengajaran secara bersemuka dan juga dalam talian. Saya menggunakan kaedah belajar sambil bermain untuk memastikan anak didik dalam keadaan aktif dan teruja sepanjang sesi pembelajaran. Selain itu, saya menyediakan nota yang ringkas dan menarik bagi kelas dalam talian. Saya juga menyediakan kuiz untuk mengenal pasti tahap pemahaman anak didik di akhir sesi pembelajaran.