Saya, Nur Najwa Binti Mohd Nasir merupakan seorang tutor yang sangat rajin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk membantu pelajar mencapai tahap penilaian akademik yang tertinggi. Saya seorang yang lembut tetapi sangat tegas ketika sedang mengajar. Selain itu, saya akan memastikan anak didik saya selesa dan seronok untuk menjadikan saya sebagai tutor mereka dan pada waktu yang sama, mereka dapat memahami segala ilmu yang dipelajari di dalam kelas. Saya juga akan memastikan jadual pembelajaran mereka dalam keadaan yang tersusun dan efektif. Oleh itu, pilihlah saya untuk menjadi tutor anda pada hari ini dan seterusnya !
Sekian, terima kasih.
Teaching Method(s)
Fokus pengajaran saya adalah kepada pelajar tadika. Oleh itu, kaedah yang saya akan gunakan untuk pengajaran saya ialah pembelajaran melalui permainan kerana kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui aktiviti yang menyeronokkan. Saya juga akan melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam proses pembelajaran.