Profile Picture

Ayuni Fazdlin *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu/sejarah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Bangi, Selangor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Ayuni. Saya merupakan seorang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru dan kini berada pada tahun terakhir. Saya sudah pun mempunyai pengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah di sekolah rendah. Saya merupakan seorang yang komited dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Saya juga merupakan salah seorang pelajar praktikum terbaik bagi praktikum fasa 1 dan ini membangkitkan lagi semangat saya sebagai seorang bakal guru dalam mendidik anak bangsa. Selain itu, saya sentiasa menimba ilmu dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran daripada pelbagai platform supaya saya dapat berkongsi dan menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik kepada murid saya.
Teaching Method(s)
5 tahun belajar di Institut Pendidikan Guru sudah semestinya ilmu berkenaan teknik pengajaran menjadi salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan. Teknik pengajaran yang sering kali saya gunakan ialah teknik didik hibur, iaitu berunsurkan nyanyian. Teknik ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai set induksi untuk menarik minat murid pada permulaan pengajaran dan pembelajaran, tetapi guru yang kreatif dalam penciptaan lagu boleh menerapkan dalam isi pengajaran mengikut topik yang diajar. Contohnya, saya pernah mencipta sebuah lagu bagi mata pelajaran Sejarah bagi topik Zaman Prasejarah dan tidak dapat dinafikan bahawa prestasi murid khususnya murid lemah meningkat sekiranya saya menggunakan teknik nyanyian sebagai salah satu teknik PdP. Tidak ketinggalan juga, saya turut menerapkan teknik belajar sambil bermain dengan menggunakan pelbagai platform di internet seperti Kahoot, Wordwall dan sebagainya.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6