Profile Picture

Adam Haikal *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Fiqh And Usul Fiqh

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Padang Terap, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Adam Haikal atau dikenali sebagai Muallim Adam. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan periang, berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar luar negara secara dalam talian dalam pengajian agama dan Al-Quran. Bahasa pengantaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris kerana mereka merupakan pelajar kacukan yang tidak mampu bertutur di dalam Bahasa Melayu. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek-subjek selainya adalah subjek yang boleh saya katakan saya mampu untuk mengajar. Berkemahiran dalam menyediakan nota-nota yang ringkas sebagai bantuan dalam pembelajaran. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan secara dalam talian, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan melalui quiz atau permainan secara dalam talian yang berbentuk pendidikan merupakan rutin dalam kelas bersama saya. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan dan memahami apa yang dipelajari untuk diamalkan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Al-Syariah Tingkatan 5
Turath Dirasat Al-Islamiah Tingkatan 4
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
P. Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 6