Nama diberi Nurul Athirah. Saya mempunyai latar belakang pendidikan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya akan membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah tetapi tegas dalam mendidik. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga boleh mengendalikan kelas agar lebih ceria dan menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah latih tubi sehingga berjaya. Jika satu topik itu dapat difahami oleh murid, baru saya akan pergi ke topik seterusnya. Saya juga gemar menggunakan banyak kaedah atau format untuk sesuatu topik itu mudah difahami Dan diingati oleh murid terutamanya dalam subjek bahasa melayu. Saya juga akan mengaplikasikan permainan atas talian mengikut subjek yang dipelajari. Ini adalah untuk murid ulangkaji terhadap topik yang telah mereka pelajari.