Saya Nur Iffah. Saya merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kelestarian daripada Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Saya berpengalaman selama 6 bulan menjadi guru tadika di salah sebuah tadika di Besut, Terengganu. Saya mempunyai kemahiran dalam menyusun modul bagi memudahkan pembelajaran pelajar saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 bulan dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.