Profile Picture

Nur Irdina *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi

Universiti Sultan Zainal Abidin (Batu Buruk) (Ongoing Study)

Kerian, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Irdina, dan saya mempunyai pengalaman menjadi tutor bahasa Inggeris kepada anak-anak jiran di sekitar perumahan saya. Terkini, saya sedang mengambil jurusan Bahasa Inggeris dan Komunikasi bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sewaktu diploma pula, saya mempunyai sijil TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) yang telah melayakkan saya untuk menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah di kawasan Gong Badak, Terengganu. Saya berkomitmen untuk memberikan pengajaran yang terbaik dalam membantu anak-anak murid saya untuk mencapai potensi terbaik mereka.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya melibatkan latih tubi, video mengajar, dan sesi bertanya soalan jika murid tidak mengerti. Latih tubi adalah salah satu teknik paling efektif untuk mempelajari bahasa Inggeris. Saya memilih latih tubi yang mudah dipahami dan praktis, menggunakan format yang familiar, seperti dialog antara dua orang atau senario yang senang difahami, bagi memudahkan murid memahami pengajaran yang saya sampaikan. Seterusnya, video mengajar akan menyebabkan belajar bahasa Inggeris lebih menyenangkan dan interaktif. Berikut teknik yang saya gunakan: memilih video yang memiliki konten yang relevan dan menarik, seperti animasi, drama, atau dokumentasi ringkas. Akhir sekali, saya juga memperkenalkan teknologi interaktif, seperti Google Forms atau kuiz secara atas talian, untuk memudahkan murid dalam membuat pertanyaan dan memeriksa kemampuan mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Dewasa