Profile Picture

Umi Mastura *******

(Online)

Sarjana(master) - Food Technology

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya telah mula berkecimpung dalam dunia pendidikan kira-kira 7 tahun yang lalu, dimana saya mengajar ‘home-tuition’ secara sambilan semasa cuti semester. Selain itu, saya mempunyai pengalaman menjadi tutor di sebuah pusat tuisyen selama setahun dan juga mempunyai pengalaman mengajar di Primary International School sebagai guru ganti selama 4 bulan. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek Matematik sekolah rendah. Saya seorang yang mempunyai semangat untuk mengajar, positif dan berdedikasi. Saya akan berusaha untuk membantu anak didik melakukan perubahan ke arah yang positif dan mencapai kemajuan yang terbaik. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah mengajar bermula dari asas iaitu memperkenalkan setiap topik sambil mengimbas kembali topik yang pernah dipelajari. Selain itu, saya juga menggunakan teknik menyoal untuk menyelesaikan permasalahan matematik dimana saya memberi ruang kepada para pelajar untuk berfikir dan melontarkan idea/pendapat masing-masing. Saya juga menyediakan nota ringkas seperti rumus atau fakta penting yang perlu diingati. Saya mempunyai gaya pengajaran yang fleksibel yang boleh memenuhi keperluan semua pelajar. Saya juga menggunakan pendekatan individu kepada setiap anak didik, dengan matlamat untuk mencapai prestasi yang terbaik buat diri masing-masing.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4, Cambridge - Tahun 5