Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Isha, saya merupakan graduan Universiti Kuala Lumpur Business School dalam bidang Perakaunan dan telah melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan ini dengan menjadi guru ganti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Kemudian, saya telah manjalani latihan praktikum di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Setelah tamat pengajian, saya telah meluaskan bidang kerjaya saya dengan menjadi tenaga pengajar (guru akademik) di sekolah Maahad Tahfiz. Melalui pengalaman-pengalaman ini, saya dapat menetapkan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap murid-murid. Walaupun begitu, saya sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran demi melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran mereka.
Teaching Method(s)
1. Menjalankan perbincangan bersama murid
2. Melaksanakan sesi soal jawab.
3. Melakukan aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
4. Menyediakan latihan pengukuhan atau quiz