Profile Picture

Suraya Hanim

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Biomolekular

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Su. Saya sangat berdedikasi dalam mendidik pelajar untuk menjadi cemerlang pelajar dan juga sahsiah. Pengalaman sebagai seorang tutor sepanjang tujuh tahun membolehkan saya berkomunikasi bersama pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sangat baik. Matematik dan sains merupakan subjek utama saya sebagai pendidik. Kebolehan saya berbahasa melayu dan inggeris memudahkan pemahaman pelajar. Sebagai pendidik, saya juga perlu menjadi "role model" yang baik kepada pelajar untuk membentuk insan yang lebih cemerlang.
Teaching Method(s)
Pelbagai teknik akan saya terapkan semasa pembelajaran untuk memastikan sesi pembelajaran tersebut tidak membosankan. Teknik yang sesuai akan digunakan mengikut kelebihan dan kemampuan pelajar. Pelbagai pendekatan termasuk aktiviti sewaktu pembelajaran, model berskala dan lain-lain antara yang sering saya lakukan untuk memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Kemampuan pelajar untuk memahami dan mengaplikasi pembelajaran dalam kehidupan seharian adalah matlamat utama saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Science DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biology DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5