Salam sejahtera. Saya ikmal Hafiz dan subjek yang saya ajar ialah Kimia. Saya merupakan seorang tutor yang tekun dalam mendidik pelajar. Walaupun pengalaman saya tidak banyak,saya tetap akan mendidik para pelajar sehingga mereka memahami konsep sesuatu topik itu. Saya juga seorang yang ramah. Jadi, pelajar tidak perlu gusar jika ingin mengajukan apa sahaja soalan berkaitan topik yang dibincangkan. Saya akan cuba sebaik mungkin dalam mengajar sekiranya menjadi tutor anda!
Teaching Method(s)
Bagi mod pengajaran, saya lakukan secara atas talian. Saya tidak mempunyai teknik yang khusus dalam pengajaran kerana bagi saya setiap pelajar itu berbeza pemahamannya. Namun, ketika mengajar, saya akan memberikan penerangan dan istilah yang mudah difahami serta boleh digunakan oleh pelajar.