Profile Picture

Muhammad Firdaus *******

(Physical)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Subang Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Firdaus. Saya merupakan seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembinaan. Subjek yang saya minat dan fokus untuk mendidik anak muda ialah fizik, sains, matematik, dan matematik tambahan kerana saya sangat minat dengan pengiraan serta fakta-fakta sains. Tambahan pula, saya merupakan seorang graduan dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal yang membolehkan saya lebih mahir untuk mengajar subjek yang saya minat tersebut. Tiada masalah untuk saya mengajar walaupun tiada pengalaman mengajar kerana saya boleh menguasai subjek pendidikan sekolah mengikut silibus semasa dan saya sudah biasa bercakap dan mengendali orang yang ramai. Dengan itu, saya berkebolehan untuk memberi ilmu dan mengajar agar dapat membantu pelajar yang mempunyai gred rendah ke gred yang lebih tinggi secara berperingkat.
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan cara guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya sewaktu saya masih belajar iaitu penggunaan imaginasi dan teknik-teknik logik bagi cepat menyelesaikan masalah seperti soalan peperiksaan yang melibatkan pengiraan dan gambar rajah. Cara ini dapat digunakan bagi subjek fizik dan matematik. Saya juga akan memberi pelajar untuk tulis cara pengiraan di papan putih serta kerana cara ini sangat mudah untuk pelajar mengingati cara penyelesaian dan dapat mencari kesalahan agar tidak melakukannya sewaktu ujian atau peperiksaan. Cara ini amat efisien bagi saya ketika saya masih seorang pelajar dan saya yakin pelajar dapat memperoleh manfaat dari teknik ini.
Subject
Subject School Level
Mathematics DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Physics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Additional Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Science DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3