Saya seorang Jurutera yang sedang bekerja di Sarawak dan seorang graduan dari UTP dalam bidang Mechanical Engineering. Sebelum ini, saya pernah menjadi fulltime tutor peribadi untuk subjek matematik (PT3) dan matematik moden (SPM) pada tahun 2018. Pencapaian terbaik saya semasa menjadi tutor peribadi adalah dengan berjaya membantu pelajar saya mendapat skor A dalam subjek Matematik Moden pada SPM 2018 daripada gagal semasa percubaan SPM. Pada 2019, saya mendapat peluang untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Terengganu untuk subjek Matematik dan Matematik Moden. Saya yakin dapat menggunakan pengalaman mengajar saya sebelum ini sebaik mungkin untuk membantu anak-anak anda yang bermasalah dalam subjek matematik dan matematik moden.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakann teknik pengajaran berdasarkan penilaian saya terhadap anak-anak anda pada sesi pertama kita. Selari dengan perkembangan teknologi semasa, saya yakin dengan kaedah pengajaran melalui dalam talian saya dapat memberi manfaat dan pengalaman yang sama dengan pembelajaran secara bersemuka.