Saya merupakan seorang tutor yang suka mengajar sejak dibangku sekolah, tambahan lagi jika subjek tersebut ialah perakaunan dan matematik. Kini setelah 6 tahun bekerja dalam bidang perakaunan, saya ingin berkongsi pengetahuan saya dengan anak didik saya dalam subjek perakaunan supaya mereka boleh faham dan skor dalam peperiksaan SPM yang akan dihadapi nanti. Walaupun saya kelihatan garang dan tegas, tapi saya lebih suka jika jadikan anak didik saya sebagai seorang kawan namun masih menghormati antara satu sama lain. saya juga suka berkongsi mengenai selok belok selepas SPM, jika anak didik saya ingin menyambung pelajaran mereka dalam bidang perakaunan. Pilih saya sebagai tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih menekankan pemahaman terhadap konsep dan formula(jika berkaitan) untuk satu-satu topik dan subjek. Ini kerana saya percaya tidak ada guna jika pelajar hanya mengingat tanpa memahami, kerana "ingat" bila-bila masa pelajar boleh lupa, tetapi jika pelajar faham Insya Allah susah untuk lupa. Saya juga akan memastikan terdapat komunikasi dua hala antara saya dan pelajar supaya saya dapat nilai dan faham yang mana pelajar saya kurang faham atau tak faham terhadap subjek tersebut, dari situ saya boleh menambahbaik cara saya mengajar supaya ianya sesuai dengan pelajar tersebut.