Profile Picture

Nurul Fatin *******

Master - Master of Science (Applied Physics)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Seri Kembangan, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Miss Fatin. Saya merupakan alumni SMK (P) Temenggong Ibrahim dan graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Fizik, dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Sains (Fizik Gunaan).

Saya mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 2 Tahun, termasuk sebagai home tutor Matematik SPM, mengajar Fizik SPM secara atas talian, serta mengajar subjek Matematik dan Sains di pusat tuisyen. Saya juga pernah terlibat sebagai pemantau program akademik sepanjang pengajian saya.

Kejayaan terbaik saya adalah membantu pelajar meningkatkan kefahaman konsep dan keyakinan mereka dalam subjek pengiraan seperti Matematik dan Fizik, sehingga mereka menunjukkan peningkatan markah yang ketara serta lebih yakin menjawab soalan peperiksaan.

Setiap anak berpotensi untuk berjaya dengan bimbingan yang tepat. Saya sedia menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan mereka. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai pengalaman dalam menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang berkesan, termasuk penggunaan bahan bantu mengajar interaktif, permainan pembelajaran, dan pendekatan berdasarkan keperluan individu pelajar. Saya juga berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong, interaktif, dan menyeronokkan bagi pelajar.

Bagi saya, amat penting bagi seorang guru untuk memahami kehendak dan emosi para pelajar. Oleh itu, saya sentiasa berusaha memastikan cara pengajaran saya mampu menjadikan para pelajar gembira untuk menyertai kelas saya. Saya akan memastikan kaedah pembelajaran efektif yang saya gunakan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa selari dengan keperluan era ini.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 2 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Universiti - Diploma STPM - Tingkatan 6 Matrikulasi
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia DLP
Foundation Matrikulasi Tingkatan 4 Tingkatan 5 Universiti - Diploma STPM - Tingkatan 6
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation STPM - Tingkatan 6 Universiti - Diploma
Sains DLP
STPM - Tingkatan 6
Fizik DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation Matrikulasi Universiti - Diploma STPM - Tingkatan 6 Diploma - Kolej Vokasional
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Universiti - Diploma STPM - Tingkatan 6 Foundation Diploma - Kolej Vokasional Matrikulasi
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation Matrikulasi STPM - Tingkatan 6