Saya Teacher Adleen, atau lebih mesra disapa sebagai Teacher Aleen oleh murid-murid saya. Sekarang ini, saya sedang menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru subjek Bahasa Inggeris di ibu kota. Saya berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya serta membantu murid-murid di Malaysia untuk menguasai subjek ini.
Tiada yang lebih menggembirakan saya apabila ada murid yang selalu bertanyakan cara untuk skor subjek atau tentang tatabahasa subjek ini.
Saya tahu, dengan teknik yang betul..murid-murid ini pasti boleh skor dalam peperiksaan. Hanya perlu berbekalkan perasaan ingin belajar yang tinggi dan guru yang betul. Inginkan anak anda menguasai subjek ini? Boleh hubungi saya :)
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya bergantung kepada setiap individu murid.
Individu dari pelbagai tahap pembelajaran akan saya utamakan. Selalunya, pendekatan untuk menghafal kata kunci, kosa kata Bahasa Inggeris yang penting akan saya gunakan untuk individu lemah - sederhana. Hal ini kerana, saya faham, sekiranya kita mahu mereka menguasai keseluruhannya dalam masa yang singkat, mereka akan senang hilang tumpuan. Setiap pencapaian, kecil atau besar..perlu kita raikan.
Manakala untuk individu yang boleh saya klasifikasikan sebagai tahap tinggi, saya akan lebih tumpukan pada kandungan subjek dan mengasah tatabahasa serta skil menjawab bagi bahagian pemahaman dan skil menulis karangan. Ia merupakan satu impian bagi saya untuk melihat murid-murid di bawah bimbingan saya untuk berjaya pada suatu hari nanti.