Profile Picture

Amira Aisya *******

(Online)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Mersing, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang perakaunan dan sudah mempunyai pengalaman bekerja sebagai juru-audit selama hampir dua tahun. Pada masa sekarang, saya sedang menyambung pelajaran dalam peringkat Profesional ACCA di Ireland secara sepenuh masa.

Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan suka berkongsi ilmu. Saya akan memastikan anak didik saya faham apa yang mereka pelajari kerana kefahaman merupakan asas penting dalam pembelajaran, sekaligus membantu mereka untuk cemerlang dalam pelajaran. Jika anda mempunyai masalah dengan subjek Prinsip Perakaunan, jadikan saya tutor anda!

Teaching Method(s)
Prinsip Perakaunan merupakan subjek yang memerlukan asas kefahaman yang kuat untuk memudahkan anak didik skor dengan cemerlang. Saya akan menggunakan kaedah latihan intensif untuk memastikan anak didik faham dan ingat akan perbezaan untuk setiap penyata kewangan. Selain itu, saya akan menyediakan akronim-akronim yang menarik bagi memudahkan anak didik untuk mengingati konsep-konsep yang terdapat dalam silibus. Bagi meningkatkan kefahaman anak didik, saya akan mengaitkan silibus dengan contoh-contoh yang realistik dan semasa.
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4