Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sekaligus memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Selain itu, saya juga seorang tutor yang mampu mengajar teknik menjawab soalan khususnya kepada anak didik yang bakal menempuhi peperiksaan. Seterusnya, saya juga merupakan seorang yang tersusun dalam merangka pembelajaran anak didik saya supaya mereka dapat menguasai setiap topik yang telah diajar. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah "peta minda" untuk memastikan pelajar dapat menghubungkaitkan subtopik dengan topik yang telah diajar. Selain itu, saya juga menggunakan akronim dan apa- apa perkataan untuk membantu pelajar saya untuk mengingati sesuatu perkataan dengan mudah. Seterusnya, saya juga akan menggunakan video animasi dalam pembelajaran agar pelajar tidak mudah bosan.