Saya merupakan alumni dari UPSI. Saya pernah menjalankan Latihan Mengajar (LM) di sekolah menengah dan mengajar subjek Ekonomi bagi tingkatan 4. Saya diberi tunjuk ajar dan bimbingan dari guru pembimbing dan pensyarah penyelia ketika melaksanakan latihan tersebut. Oleh itu, dengan sedikit ilmu ini diharap dapat membantu para pelajar mempelajari dan memahami dengan lebih baik bagi subjek ini. Jom belajar!
Teaching Method(s)
Saya mencampurkan teknik pengajaran tradisional dan pengajaran abad ke-21 dalam sesi PdP. Saya akan memulakan kelas dengan set induksi, penyampaian isi pelajaran, aktiviti, dan refleksi. Kaedah ini dapat menarik minat dan fokus para pelajar.