Profile Picture

Effonny Sandra *******

(Online)

Sarjana(master) - Sarjana Sains

Universiti Teknologi MARA (Kota Kinabalu) (Ongoing Study)

Kota Belud, Sabah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang pelajar sarjana sains dari UiTM Kota Kinabalu dan berkebolehan untuk mendidik dan membantu pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang memerlukan tunjuk ajar dalam pelajaran. Saya memahami bahawa menjadi pelajar yang lemah dalam suatu matapelajaran akan mempengaruhi prestasi akademik, mental, dan emosi. Hal ini saya buktikan berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi pelajar yang mempunyai tahap akademik yang rendah sewaktu sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Sejak dari situasi ini, saya berusaha untuk mencari alternatif dengan mengikuti kelas tuisyen untuk membaiki diri dalam akademik sehingga pada saat ini saya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Oleh itu, saya bertekad untuk membantu para pelajar sama ada yang lemah dalam akademik mahupun sebaliknya supaya impian mereka untuk memperbaiki diri dalam matapelajaran tertentu dapat dicapai dengan jayanya. Dengan ini, saya berbesar hati dan bersedia untuk menerima sesiapa pun pelajar yang memerlukan khidmat pembelajaran daripada saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang akan saya gunakan ialah mendidik dan menghibur. Ini kerana saya percaya bahawa pelajar lebih menyukai pengajaran yang santai tetapi bermanfaat berbanding didikan yang terlalu tegas. Saya juga suka mendengar pendapat daripada pelajar lain kerana saya yakin saya juga boleh belajar serba sedikit daripada mereka untuk meningkatkan cara didikan saya. Lebih daripada itu, saya menyukai suasana kelas di mana pelajar bebas daripada tekanan dan ketegangan pembelajaran. Oleh itu, saya akan memastikan diri saya mendidik pelajar secara santai dan berdisiplin tanpa sebarang paksaan terhadap pelajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 5
Membaca B. Inggeris Darjah 3