Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat untuk membantu para pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang bersikap ramah dan spontan. Saya akan memastikan para pelajar dapat memahami setiap perkara yang dipelajari dan tidak merasa takut untuk bertanyakan soalan kepada saya. Hal ini akan dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih rajin dan bersemangat. Pilihlah saya sebagai tutor anak anda.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pembelajaran aktif iaitu diskusi, pemecahan masalah dan penyelesaian. Teknik ini sangat berguna lebih-lebih lagi di dalam subjek matematik yang memerlukan pengetahuan dari dasar. Saya kerap berkomunikasi dan berbincang dengan pelajar untuk memastikan pelajar tidak bosan. Saya juga menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami dan relevan.