Nama saya Muhammad Akmal. Saya seorang mahasiswa jurusan Pendidikan Sains dengan Kepujian Kimia. Saya telah didedahkan dengan pelbagai pedagogi yang boleh digunakan di dalam pengajaran kepada para pelajar. Tugas seorang guru bukanlah mudah namun saya bersemangat untuk menjadi seorang tutor yang dapat membantu para pelajar memahami subjek. Saya juga seorang yang mudah mesra dan tolenrasi dengan pelajar supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan tenang.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pengajaran PAK-21 iaitu berfokuskan kepada pelajar dengan penggunaan pelbagai alternatif seperti teknologi dan IT. Saya juga akan menggunakan latihan soalan sebagai salah satu bahan pengajaran supaya para pelajar dapat biasakan diri dengan soalan-soalan peperiksaan.