Profile Picture

Nurul Syuhada *******

Sarjana Muda - Fizik Gunaan

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Melor, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai semua, saya Syada!

Saya kini merupakan pelajar semester akhir Post Graduate Diploma in Teaching (PGDT) dan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan pencapaian akademik yang baik. Walaupun belum menjalani praktikum, saya telah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang memberikan asas kukuh dalam pedagogi dan pengurusan bilik darjah.

Saya dikenali sebagai seorang yang ceria, mesra, dan mudah didekati, terutamanya oleh kanak-kanak. Namun, saya juga serius dan komited dalam hal akademik. Saya percaya pembelajaran boleh menjadi menyeronokkan dan efektif, dan saya sentiasa menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut gaya serta minat setiap pelajar untuk membantu mereka mencapai matlamat akademik dengan lebih baik.

Jika anda mencari tutor yang menggabungkan sikap ceria dengan komitmen serius terhadap pembelajaran, saya sedia membantu!
Teaching Method(s)
Saya akan menggabungkan teknik gamifikasi seperti permainan, kuiz, dan pertandingan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, saya akan menggunakan pelbagai teknologi dalam talian seperti Kahoot, Quizziz, dan platform pendidikan lain untuk memperkaya pemahaman pelajar dan memenuhi pelbagai gaya pembelajaran. Saya juga akan menyediakan nota ringkas dan menarik pada setiap kelas. Sumber-sumber pembelajaran ini akan dirangka dengan menarik untuk memperkukuhkan pemahaman dan sebagai rujukan untuk pelajar di luar kelas.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sains
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Fizik
Tingkatan 4