Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat tinggi dalam membantu anak didik untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mahupun ujian. Saya akan memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya merupakan tutor yang ramah dengan anak didik. Pada masa yang sama, saya memiliki sifat tegas. Saya juga pandai mengambil hati pelajar supaya mereka tertarik dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik seperti menjawab soalan-soalan latih tubi. Di samping itu, saya menggunakan teknik perbincangan dan soal jawab bersama pelajar supaya ada komunikasi dua hala dalam pembelajaran. Selain itu, saya menggunakan teknik mengikut kesesuaian setiap pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.