Profile Picture

Farah Syazwina *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Kimia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kerling, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Farah Syazwina. Saya merupakan seorang tutor dan lepasan graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kos pengajian saya di UPSI ialah Pendidikan Kimia. Saya telah diberikan pendedahan berkaitan dengan ilmu pedagogi dan teknik pengajaran sepanjang tempoh pengajian saya. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar murid daripada latar belakang SMK dan MRSM sepanjang tempoh praktikum. Disebabkan oleh semangat dedikasi saya sepanjang tempoh praktikum, saya juga berjaya mendapat "recommendation" daripada Pengetua di MRSM kerana dedikasi saya sepanjang tempoh tersebut. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anak Tuan/ Puan sewaktu sesi pengajaran kelak. Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman mengajar murid daripada SMK dan MRSM iaitu daripada latar belakang murid yang lemah, sederhana dan cemerlang. Saya menggunakan nota yang berbentuk infografik agar murid lebih mudah untuk merujuk konten-konten subjek pengajaran. Saya juga mengaplikasikan teknik kuliah interaktif iaitu dimulakan dengan pencungkilan idea, penstrukturan semula idea, pentaksiran (menjawab latihan) dan diakhiri dengan penutup. Penggunaan nota yang infografik merupakan pendekatan yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajarkan. Hal ini supaya murid lebih mudah untuk merujuk semula info-info yang telah mereka pelajari.
Subject
Subject School Level
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Chemistry DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3