Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi tinggi dalam mendidik anak didik saya sehingga mereka dapat menyelesaikan tugasan yang diberi. Saya seorang yang penyabar, jadi saya tidak mudah jemu menjawab soalan yang sama berulang kali. Saya juga selalu disenangi oleh anak didik kerana saya seorang yang peramah dan selalu senyum.
Teaching Method(s)
Saya akan memastikan kelas yang dijalankan bukan kelas yang biasa pelajar hadap di sekolah. Saya akan sediakan game dalam talian untuk menghidupkan lagi suasana kelas bagi pelajar tidak cepat jemu. Saya juga akan sediakan beberapa tips dan formula yang berguna dan senang untuk diamalkan oleh pelajar. Saya akan sediakan nota ringkas jika perlu bagi pelajar tidak mudah lupa tentang apa yang diajar.