Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam membantu anak didik mencapai potensi akademik mereka. Saya percaya bahwa setiap pelajar memiliki kemampuan unik mereka sendiri, dan saya berkomitmen untuk memberikan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan mereka. Dengan teknik pengajaran yang menarik daan interaktif, saya berusaha untuk memotivasi anak didik saya agar dapat mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya terapkan dalam sesi pembelajaran termasuklah perbincangan yang melibatkan tutor dan murid. Selain itu, secara demostrasi iaitu mengaplikasikan tajuk yang dipelajari secara nyata semasa pembelajaran seperti eksperimen dan sebagainya. Seterusnya, menggunakan kaedah penyelesaian masalah bagi merangsang kefahaman murid berkenaan tajuk yang dipelajari. Akhir sekali, belajar sambil bermain bagi menarik minat murid untuk mempelajari sesuatu tajuk tanpa rasa bosan.