Saya adalah seorang tutor yang berkomitmen untuk membantu anak didik mencapai potensi terbaik mereka. Sebagai seorang tutor, saya memahami bahawa setiap pelajar adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Saya adalah seorang yang ramah, tetapi juga tegas dalam memastikan bahawa setiap pelajar mencapai matlamat mereka. Saya juga amat berminat untuk menjadikan setiap sesi pembelajaran menyeronokkan dan menarik. Saya akan cuba mengambil inisiatif untuk memahami minat dan gaya pemebelajaran setiap pelajar untuk memastikan pengjaran yang efektif dan menarik.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan beberapa teknik pengajaran untuk menarik minat pelajar dan mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran berasa cepat bosan. Antaranya, teknik latih tubi supaya pelajar dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran serta menjamin kekekalannya. Selain itu, teknik soal jawab yang mampu mewujudkan interaksi dengan cra mengemukakakn soalan-soalan yang berkaitan dan dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Saya juga menggunakan teknik kuiz bagi mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu disamping dapat mengulangkaji secara santai dan bergembira.