Profile Picture

Faris Izzuddin *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sejarah/sains Tulen

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pendidikan khusus dalam bidang sejarah. Saya seorang tutor yang mempunyai ciri-ciri yang mudah didekati oleh anak didik saya. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya sentiasa komited dan memberikan sepenuh usaha saya untuk membantu anak didik saya berjaya. Bagi saya. pencapaian anak didik saya merupakan perkara yang paling penting. Kelebihan saya ialah, saya pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang jalankan. Untuk pengetahuan, saya pernah menjadi guru praktikal untuk sebuah sekolah selama tiga bulan. Pada awalnya, murid-murid yang diajar oleh saya tidak berminat dengan subjek sejarah. Namun setelah tempoh tiga bulan, mereka mula meminati subjek sejarah dan seronok untuk belajar sejarah kerana teknik dan pendekatan saya yang berbeza serta menarik. Selain subjek sejarah, saya juga pandai mengajar subjek sains tulen seperti Kimia, Fizik dan Biologi. Untuk pengetahuan tuan/puan saya mendapat A+ untuk ketiga-tiga subjek tersebut dalam SPM dan pernah menjadi guru muda peringkat negeri bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Jadi saya mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam subjek sains tulen. Jadikan saya tutor and hari ini!!!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih menekankan unsur didik hibur. Saya berkemahiran dalam nyanyian, muzik dan lakonan. Jadi saya menggunakan semua kemahiran yang saya ada untuk mengajar anak didik saya dengan sepenuh hati. Saya juga pernah mencipta lagu yang memudahkan pelajar untuk menghafal fakta sejarah. Bagi sains tulen, saya menggunakan kaedah akronim bagi memudahkan murid-murid mengingat sesuatu fakta.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4