Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ceria namun tegas bagi memastikan pelajar faham apa yang dipelajari. Saya juga suka mengambil hati pelajar supaya bersedia untuk belajar bagi memudahkan segala aktiviti pembelajaran dilakukan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Untuk permulaan kelas,saya akan tapis dulu tahap pemahaman dan penguasaan pelajar. Antara teknik yang akan digunakan adalah seperti berikut :
1. Teknik Soal Menjawab - Teknik ini berkesan untuk menilai tahap kefahaman pelajar
2. Teknik Pop-Kuiz - Teknik ini untuk melihat kepantasan pelajar dalam menjawab soalan dengan cara hiburan
3. Teknik Latih Tubi - Teknik ini diwajibkan untuk setiap pelajar menguasai sesuatu topik setelah selesai sesi pembelajaran
Selain itu, saya menggunakan pelbagai teknik lain yang bersesuaian untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.