Profile Picture

Norshuhaila Samsudin

(Physical)

Sarjana Muda - Sains Sosial (Hubungan Industri)

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Chemor, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan sangat meminati untuk memberi didikan kepada mereka. Oleh itu, saya ingin memulakan pengalaman mengajar dengan menjadi tutor dan dalam masa yang sama ingin menyumbangkan ilmu yang saya miliki dengan mengajar dan mendidik anak didik saya. Saya seorang yang berdedikasi dan komited dan akan memastikan anak didik saya memahami dan mengaplikasikan setiap ilmu yang saya beri. Saya juga seorang yang akan memastikan saya beradaptasi dengan kaedah pengajaran yang dimahukan oleh anak didik saya agar anak didik saya berasa seronok dan mudah utuk menumpukan perhatian ketika belajar. Saya seorang teratur dan teliti. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mempunyai jadual yang efektif dengan membantu mereka mengatur jadual pelajaran yang lebih sistematik.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik pengajaran seperti improvivasi, main peranan, permainan bahasa dan bercerita. Teknik pengajaran ini bersesuaian digunakan untuk subjek-subjek kemanusiaan seperti bahasa melayu dan sejarah. Saya percaya teknik pengajaran ini dapat membantu anak didik saya seronok ketika belajar dan tidak mudah bosan serta dalam masa yang sama anak didik saya mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dengan lebih efektif.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika