About Me
Nama panggilan saya Anis.
Saya merupakan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebelum Ijazah Sarjana Muda saya berjaya menamatkan pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat serta menghafaz 30 juzuk al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS). Semasa pengajian di UPSI saya telah mendapat pengalaman bekerja menjadi guru pelatih mengajar subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran iaitu pada bulan Februari 2022 di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan Pahang, bulan Oktober sehingga November 2022 di SMKA Syeikh Abdullah Fahim Nibong Tebal, bulan Ogos sehingga Oktober 2023 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman dan bulan Oktober sehingga November 2024 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang Perak.
Subjek utama saya mengajar ialah Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
Saya merupakan seorang yang bersedia untuk menerima arahan, komited dalam mempelajari akan perkara baharu dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang kepada sesuatu dalam pendidikan.
Saya telah berjaya mendapat anugerah dekan untuk Ijazah Sarjana Muda iaitu pada semester 1,2,3,4,5 dan 7.
Saya menyertai my tutor kerana ingin mengambil pengalaman yang baharu dan mendapatkan tambahan pembiayaan untuk pengajian saya di Universiti.
Teaching Method(s)
Saya mahir dalam penguasaan subjek al-Quran, menguruskan kelas dengan baik , kepekaan dalam kepelbagaian pelajar , keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan mendekati perkara dengan berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, komunikasi yang efektif dan baik bersama pelajar. Selain daripada subjek agama Al-Quran, saya juga mahir dalam multimedia dan videografi seperti mahir dalam Microsoft Word, Power Point, Excel dan Canva. Bagi saya dalam subjek Hifz Al-Quran teknik yang terbaik ialah penulisan semula ayat Al-Quran yang telah dihafaz untuk mengingati hafazan dengan lebih baik serta penjagaan tajwid dan sebutan dalam bacaan Al-Quran untuk mengukuhkan hafazan Al-Quran.