Nama saya Nur Aisyah Nazihah Bt Mat Zait, dan saya sangat berminat untuk menjadi seorang MyTutor. Saya adalah seorang surirumah dan juga seorang ibu dengan anak kecil. Saya memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan telah memperoleh diploma dalam bidang tersebut pada tahun 2018. Pada masa ini, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam pengurusan pembuatan.
Keputusan saya untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan sebagai kerjaya sampingan tidak terlepas dari minat saya dalam memberikan kontribusi positif pada perkembangan generasi masa depan. Sebagai seorang ibu, saya memahami bahawa pentingnya peranan pendidikan dalam membentuk asas yang kukuh bagi anak-anak kita. Saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dengan pelajar yang ingin belajar, membantu mereka mencapai potensi penuh mereka, sambil tetap memberikan perhatian penuh pada tanggung jawab saya sebagai seorang ibu.
Pengalaman dalam mempelajari bidang keselamatan dan kesihatan yang berhubung kait dengan pendidikan awal kanak-kanak adalah kritikal kerana ia memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik. Selain itu, mempelajari bidang keselamatan dan kesihatan (merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan, terutama bagi mereka yang tertarik atau sedang menempuh pendidikan di bidang teknik, sains, atau pengurusan.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik 'play and learning' sebagai asas kepada kefahaman dalam subjek tertentu seperti matematik dan sains. Saya perlu memastikan pelajar sentiasa berinteraksi supaya penyampaian pembelajaran dan kefahaman pelajar mencapai ke tahap yang optimum. Saya juga akan menggunakan kaedah perbincangan soalan-soalan yang sering keluar ketika peperiksaan. Bagi saya, kaedah perbincangan soalan membolehkan saya mengetahui setakat mana kemampuan pelajar memahami sillibus yang tertentu dan membolehkan pelajar mengetahui kesilapan dalam menjawab soalan.