Profile Picture

Siti Aisyah *******

Sarjana Muda - Perhubungan Awam Dengan Media Kontemporari

Universiti Sultan Zainal Abidin (Gong Badak) (Ongoing Study)

Seri Kembangan, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Greetings to all of you. Saya Aisyah Radhiah atau lebih disegani dengan teacher Aisyah. Saya berpengalaman dalam mengajar anak-anak 4-6 tahun di sebuah tadika yang terletak di Selangor selama 1 tahun. Subjek yang saya berminat atau diberi kepercayaan untuk mengajar adalah Bahasa Melayu. Hal ini kerana pencapaian saya dalam kesemua peperiksaan bahasa melayu sangatlah cemerlang sehingga sekarang. Saya juga dikenali sebagai guru yang mudah untuk membuat kawan atau mesra bersama pelajar. Saya gemar melihat mereka selesa bertanya dan tidak mempunyai jurang antara guru dan murid. Selain kemahiran dalam mengajar, saya juga mempunyai kemahiran dalam kempimpinan. Sewaktu saya di tingkatan 6, saya memegang jawatan sebagai MPP. Begitu juga semasa Ijazah sarjana muda, saya memegang jawatan ketua bagi setiap subjek yang saya ambil.
Teaching Method(s)
Bagi teknik pengajaran pula, teknik yang saya gemar dan berminat untuk terapkan adalah teknik mengajar secara tenang dan santai. Seperti yang saya maklum, saya gemar untuk dilihat seperti rakan-rakan bersama pelajar. Saya mahu pelajar tidak bosan dan tidak takut untuk bertanya sebarang soalan. Selain itu, saya juga menggunakan teknik belajar sambil bergembira di dalam kelas. Saya tidak berfokus kepada pembelajaran semata-mata. Saya akan terapkan nyanyia, sesi bercerita dan lain2 agar pelajar lebih seronok untuk belajar.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Tadika
Membaca B. Melayu
Tadika
Bahasa Melayu
Tadika
Bahasa Inggeris
Tadika
Asas Fardhu Ain
Tadika